Salah Aturan?? Vitamin Shaklee Tak Berkesan??
Nak kurus? Nak Cantik? Nak Gebuss?
Dah cuba makan vitamin Shaklee, tapi tak dapat pun kesan yang diharapkan. Apa puncanya? Adakah anda benar-benar pasti cara pengambilan anda betul? Adakah anda benar-benar yakin dos yang anda ambil itu sesuai? Akhirnya anda kecewa kerana telah melaburkan sekian modal untuk kesan yang anda impikan selama ini lebur begitu sahaja.
Pentingnya ilmu tentang cara pengambilan vitamin Shaklee buat setiap individu yang mengamalkan Shaklee untuk apa sahaja jenis kesan, sama ada mahu kurus, mendapatkan kulit yang cantik gebuss, memastikan bekalan susu anak tersayang memenuhi stok atau apa saja tujuan anda dalam mengamalkan Shaklee.
Di sini saya sediakan tips bagi mereka yang mengamalkan Shaklee atau yang baru-baru berjinak-jinak nak mencuba, tak kisahlah sama ada untuk menghilangkan jerawat atau mengurangkan berat badan.
1. Pastikan anda membeli dari pengedar Shaklee yang sah. Bagaimana? Setiap pengedar yang sah memiliki nombor ID masing-masing. Anda berhak tahu jika mereka itu adalah pengedar yang sah.
2. Pastikan SID (Shaklee Independent Distributor) berkenaan faham masalah anda (berat badan, jerawat, resdung, kencing manis dan sebagainya).
3. Pastikan anda mendapatkan penerangan bagi setiap vitamin yang ingin anda beli bersesuaian dengan masalah anda tadi.
4. Pastikan SID menjelaskan cara pengambilan yang betul bagi setiap vitamin / supplemen yang anda ingin beli.
Cara pengambilan yang salah bukan saja mengakibatkan anda tidak mendapatkan hasil yang anda dambakan, malah lebih teruk ia mungkin memudaratkan. Contohnya, akibat cara pengambilan set kurus yang salah, anda mungkin mengalami pertambahan berat badan dan bukannya mengurangkannya. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang Set Kurus dan Kecantikan, sila klik sini.
Pengambilan suplemen untuk mengurangkan berat badan berlebihan yang salah boleh menbgakibatkan kesan yang sebaliknya. |
Jadi, sangat penting bagi anda ketahui fungsi setiap supplemen Shaklee yang anda gunakan dan cara pengmbilan bagi setiap satunya.
Adakah anda ingin mengamalkan Shaklee? Tidak tahu bagaimana hendak mendapatkannya? Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma secara eksklusif yang berterusan dengan setiap pembelian dari saya.
Shaklee Independent Distributor : 1110934
0 comments