MENU SIHAT DAN MENGENYANGKAN

Tanpa disedari musim cuti, musim hujung minggu atau jemputan majlis keraian biasanya menjadi salah satu sebab anda terlebih makan daripada kadar yang sepatutnya. Tanpa kawalan serta amalan pemakanan sihat, gaya hidup yang buruk ini akhirnya menyebabkan keadaan kesihatan semakin menurun.

Mulakan dengan menukar pola pemakanan kepada yang lebih sihat, mengubah diet, membeli-belah dengan lebih bijak, membaca kemasan label makanan, amaln senaman, membuat diari pemakanan, rancang diet social, tegas dan serius, member ‘hari kelonggaran’ dan akhir sekali berseronok dengan member ‘hadiah’ kecil kepada diri sendiri.

Amalan berterusan akhirnya menjadi tabiat menyihatkan untuk anda. Sebagai tambahan, resepi mudah dan menyihatkan ini boleh dijadikan panduan. Sihat, mengenyangkan malah hidangan mudah ini menyediakan pelbagai manfaat yang diperlukan tubuh.


SUP DASTO

Bahan A:
500gm vitato (keledek Malaysia) – dipotong dadu
2 biji lada benggala merah – dipotong dadu
1 biji lobaak merah – dipotong dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu

Bahan B:
5 ulas bawang putih – dicincang
5 cawan air rebusan ayam
Sedikit sos tobasco (pilihan)
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

Bahan c (hiasan):
Sedikit lada benggala kuning – dipotong dadu
Sedikit lada benggala merah – dipotong dadu
Sedikit lada benggala hijau – dipotong dadu

Cara:
Rebus kesemua bahan A dan bahan B bersama air rebusan ayam selama 30 minit di atas api sederhana.
Kemudian, perlahankan api dan biarkan selama 30 minit lagi. Sejukkan.
Kisar sup yang telah direbus sehingga lumat.
Masukkan ke dalam mangkuk sup dan hiaskan dengan bahan C yang telah dicampurkan.
Hidangkan sup bersama sos Tobasco dan roti berserat tinggi.


Selamat mencuba!!

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina