DTX Complex

Perbezaan Shaklee

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

Bahan ekstrak ini menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik iaitu ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.

Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Ia boleh dianggap sebagai ‘INDUSTRI PEMPROSESAN’ dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki.


Fungsi Hati

Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.

Hempedu sangat perlu untuk pencernaan lemak yang berfungsi untuk memecahkan lemak kepada lapisan yang lebih kecil (small globule).

Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak (A, D, E, F, K) dan membantu mengasimilasikan kalsium.

Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.


Bertindak Sebagai Detoksifikasi

Metabolisma protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksigfikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protein.

Bagi detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.


Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Membantu mengawal paras gula dalam darah dengan menukarkan tiroksina iaitu hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.

Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.

Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.


Penting Dalam Metabolisma Lemak

Penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak untuk penyimpanan.


Fungsi DTX Complex

- Membantu melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.

Membantu merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.

- Membantu mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.

- Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.

- Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.

- Membantu fungsi hati dan sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dn jaundis.

- Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu.

- Membantu merawat endometriosis dan bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.

- Membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk meyerap zat besi yang berfungsi untuk melawan anemia.

- Membantu melawan kanser dan tumor.

- Membantu merendahkan paras gula dalam darah dan bagus untuk masalah kekembungan dan lebihan air.

- Membantu meningkatkan imun bagi mencegah atau merawat kanser.

- Membantu mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis.

- Membantu merawat sindrom keletihan yang kronik.

- Membantu mencegah penyakit jantung.

- Membantu membina semula sel-sel hati.

- Membantu meningkatkan kesan anti-keradangan dan mengurangkan kesakitan.

- Membantu merangsang sintesis protein dan meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi serta memperlahankan pembentukan toksin.



***Walaubagaimanapun, penyembuhan segala penyakit adalah dengan izin-Nya juga disamping doa dan usaha kita sendiri.


Sebarang pertanyaan mengenai produk, cara pengambilan yang betul, mahupun pendaftaran keahlian, sila hubungi saya. Anda akan dibimbing selama mana anda mendapatkannya dari saya.

Anda juga boleh melakukan pembelian secara online. Sila klik ORDER untuk terus membuat pesanan.

COD sekitar Jengka, Jerantut, Temerloh dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

iR Zam Zarina 
Shaklee Independent Distributor : 1110934
call/sms/whatsapp : 012-3540262
zamzarinay@gmail.com


Sila kunjungi dan like fb page saya di www.facebook.com/Rahsia.Sihat.Alami



You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina