Alfalfa
Herb-Lax
ostematrix
Sembelit
SEMBELIT
Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.
Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.
Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.
Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.
Sembelit juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.
Bahan bertoksik
Jika sering mengalami sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.
Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.
Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap. Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.
Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.
Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.
DNA juga tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.
Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.
Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.
Kurang minum air dan makanan kurang fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit. Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).
Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.
Polyp dan kanser
Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.
Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.
Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.
Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.
Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.
Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.
Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.
Cara Mengatasi Masalah Sembelit Agar Mudah Lawas Membuang Air Besar Setiap Hari.
Makanan Pelawas Semulajadi
1. Betik
Mengandungi fiber yang terbukti membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari dapat membantu kita membuang najis dengan lebih lancar setiap hari.
2. Pisang
Bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodin, kuprum, Vitamin B1, B2, B6, C, niasin dan folat.
3. Oat
Sangat kaya dengan fiber, jadi ia juga berperanan sebagai pelawas seterusnya mengelakkan sembelit.
Diet yang mengandungi banyak serat makanan mengurangkan risiko penyakit dan memperbanyakkan najis, mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus, mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah.
Serat oat didapati mampu merendahkan kolestrol dalam darah apabila dimakan sebagai sebahagian diet rendah lemak. Adalah dianggarkan bahawa penurunan setiap 1% kolestrol darah dapat mengurangkan 2% risiko penyakit jantung koronari.
4. Air
Air merupakan salah satu agen yang dapat mengelakkan sembelit. Ia membantu proses penghadaman dan pelawasan dalam badan.
Suplimen Semulajadi Dalam Mengatasi Sembelit
1. Herbalax
Berfungsi mengaktifkan usus supaya proses pelawasan dan pembuangan najis dapat berlaku dengan mudah. Jadi, ia dapat membantu mengatasi masalah sembelit dengan mudah.
Khasiat Herblax
~ Mudah lawas dengan khasiat senna leaves.
~ Memudahkan proses detoks dalam badan kerana ia mengandungi alfalfa dan blue malva flower.
~ Najis menjadi lembut dan pergerakannya dimudahkan di dalam usus dengan khasiat dari herba Barkthon Bark.
~ Jika anda terlebih makan dan juga mengambil alkohol, fennel seed / jintan manis di dalamnya dapat membantu mengeluarkan toksin yang terkumpul dan masalah kembung perut dapat diatasi.
~ Badan yang mengandungi lebihan air dapat diatasi dengan khasiat akar culver / Culver's Root, juga sesuai untuk pesakit asma.
~ Setelah semua proses di atas berlaku, masalah perut buncit akan semakin berkurangan.
*Herbalax tidak boleh diambil setiap hari. Dapatkan aturan pemakanan yang yang berkesan untuk hasil yang optimum bagi mengatasi masalah sembelit.
2. Ostematrix
~ Kandungan magnesium di dalam ostematrix membantu melawaskan najis kerana ia bersifat laksatif sekaligus membantu melembutkan najis.
Selain Ostematrix Herbalax, Alfalfa juga boleh diamalkan kerana ia juga mengandungi fiber yang tinggi. Paling penting, amalkan juga minum air kosong dengan banyak.
Selain mengambil makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong disamping melakukan senaman yang teratur setiap hari untuk masalah
Anda juga boleh melakukan pembelian secara online. Sila klik ORDER untuk terus membuat pesanan.
Anda juga boleh melakukan pembelian secara online. Sila klik ORDER untuk terus membuat pesanan.
#sumber : Akhbar Sinar Harian http://healthierlife4uandme.blogspot.com/search/label/Air
Sebarang pertanyaan mengenai produk, cara pengambilan yang betul mahupun pendaftaran keahlian, sila hubungi saya. Anda akan dibimbing selama mana anda mendapatkannya dari saya.
COD sekitar Jengka, Jerantut, Temerloh dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
iR Zam Zarina
Shaklee Independent Distributor : 1110934
Shaklee Independent Distributor : 1110934
call/sms/whatsapp : 012-3540262
0 comments