PERBELANJAAN KEWANGAN ANAK-ANAK YANG SEMAKIN TINGGI MEMERLUKAN PERHATIAN SERIUS IBU BAPA.

Petang semalam layan anak-anak tengok tv.  Rumah kami takde siaran berbayar. Agak keciwa barangkali dengan servis yang kurang memuaskan.

Makanya, layan channel yang ada aje laa...hahaha

Lepas layan drama sinetron Filipina dan industan, layan pulak kartun anak-anak. Lepas tu tengok pulak rancangan Ringgit Sense. 

Dulu-dulu KakZam cukup tak minat dengan rancangan macam ni. Bukan paham pun. Bukan ada kaitan dengan KakZam pun.

Ye, mungkin sebab masa tu belum ada kaitan sebab masih bujang, takde komitmen.

Mungkin jugak sebab KakZam ni tak fasih berbahasa omputih. Makanya, rancangan-rancangan macam ni terus tolak tepi.

Tapi, dah channel lain pun sama je bosannya, hmmm takde pilihan lain dah. Nak tutup tv tu karang, sunyi pulak.

Bila dilayan-layan, eh best pulak topik ni. Bahasa omputih tu, boleh laa nak paham sikit-sikit.

KakZam tak fokus 100% tengok sebab layan anak-anak main kad uno. Saja nak latih kecekapan diorang dengan warna dan nombor melalui kaedah bermain.

Kalau asyik mengadap buku je nanti, diorang bosan pulak. Terpaksa laa mamanya ni kreatif sikit.

Sambung cerita ringgit sense tadi. Topiknya pasal perbelanjaan anak-anak.

Rancangan kali ini dikisahkan tentang sepasang suami isteri yang berkongsi pengalaman diorang bagaimana menguruskan kewangan untuk perbelanjaan anak-anak diorang.


Perbelanjaan keluarga perlu diatur sebaik mungkin untuk memastikan 'payung tersedia sebelum hujan'.


Dengan 2 orang anak, walaupun masing-masing mempunyai kerjaya yang menjamin masa depan, perbelanjaan perlu diatur dengan sebaiknya demi memastikan tiada ketirisan berlaku.

Kata si bapa yang bekerja sebagai 'engineer', perbelanjaan yang diperuntukkan untuk kedua anak mereka setiap bulan adalah besar, dalam lingkungan RM1,700.


Perbelanjaan anak-anak setiap bulan :-

Anak sulung :-

Tadika        RM 410
Takaful       RM 200
Simpanan  RM 200         Jumlah = RM 810


Anak bongsu :-

Taska         RM 350
Takaful       RM 200
Simpanan  RM 200        Jumlah  = RM 750

Kedua jumlah perbelanjaan ini hanya untuk tujuan persekolahan, takaful dan simpanan sahaja. Belum termasuk lampin pakai buang, susu (formula), pakaian, makan dan minum serta aktiviti bersama keluarga.

Untung bagi mereka kerana si isteri bekerja sebagai doktor, jadi terdapat kelebihan disitu untuk jimat di bahagian medical. Anak-anak juga mujur jarang mendapat sakit atau demam.

Bayangkan, dengan pekerjaan profesional juga mereka tetap khuatir akan perbelanjaan yang makin menghimpit, apalagi dengan orang lain yang cuma bekerja dengan pendapatan yang kurang/sedikit.

Iya, mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya atau pasangan suami isteri tersebut. 


Dengan rancangan kewangan yang baik, insyAllah urusan perancangan pendidikan anak-anak akan lebih terjamin.


Betul, setiap anak itu lahir dengan rezeki masing-masing. Tapi perlu difahamkan bahawa rezeki itu juga perlu diusahakan. Bukan bergolek depan tv, makanan akan datang terhidang dengan sendirinya.

Perlu ada yang memasaknya terlebih dahulu. Sebelum naik atas dapur, perlu ada yang keluar membelinya di kedai. Itu semua memerlukan belanja. Betul?

Jadinya, mana nak datang semua rezeki tersebut jika tidak diusahakan? Lainlah kalau lahir dalam dulang emas, lahir lahir saja sudah tersedia semua keperluan. 

Tapi sifir kira-kiranya tetap sama. Sebelum si ibu ayah menyediakan semua keperluan tersebut, dah tentu mereka berpenat lelah mendapatkan semua itu bukan?

Kembali semula pada cerita suami isteri tadi. Untuk perbelanjaan anak kedua tadi, sedikit penjimatan dapat dilakukan kerana anak fully breastfeed sehingga umur 2 tahun.

Manakala semasa anak pertama, perbelanjaan untuk keperluan susu anak sangat tinggi memandangkan anak tak breastfeed sepenuhnya.

Semasa anak-anak masih kecil, mungkin tidak begitu terasa beban kewangan tersebut. Tetapi harus diketahui, semakin lama anak-anak akan semakin membesar.

Begitu juga dengan perbelanjaan mereka. Jika bukan kita yang perlu bijak menguruskannya, siapa lagi? 

KISAH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG TERPAKSA BERNIAGA DEMI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN HIDUP ANAK-ANAK MEREKA.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina